Kerjaya Di Lapangan Terbang
- Listed: November 19, 2009 10:50 pm
- Expires: This ad has expired
Malaysia Airports (Niaga) Sdn. Bhd. yang lebih dikenali sebagai ERAMAN MALAYSIA, merupakan syarikat peruncitan (Retail) dan penyediaan makanan dan minuman (F&B) yang beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, Terminal Penerbangan Tambang Murah – KLIA dan Kota Kinabalu serta Lapangan Terbang Labuan mempelawa calon-calon yang berkelayakan, dinamik dan gigih menyertai organisasi mereka.
Temuduga terbuka diadakan seperti butiran berikut:
| Jawatan | Pembantu Perkhidmatan Pelanggan (Customer Service Assistant) Crew F&B Marrybrown |
| Tarikh | Setiap Hari Rabu (Kecuali Cuti Umum) |
| Masa | 2.00 petang hingga 5.00 petang |
| Tempat | Pejabat Operasi Malaysia Airports (Niaga) Sdn Bhd Tingkat 5, Anjung Tinjau Bangunan Terminal Utama 64000 KLIA |
| No Telefon | 03-877 68600 |
Kepada yang berminat, sila datang untuk temuduga terbuka dengan membawa dokumen asal dan salinan kad pengenalan, sijil-sijil persekolahan beserta sekeping gambar warna terbaru berukuran pasport.
TANGGUNGJAWAB: Memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan mengendalikan kerja-kerja sebagai juruwang mengikut peraturan dan polisi Syarikat.
KELAYAKAN: * SPM / STPM atau yang setaraf dengannya * Keutamaan diberikan kepada mereka yang mempunyai pengalaman bekerja 1 hingga 2 tahun dalam bidang peruncitan dan perkhidmatan * Mempunyai perwatakan yang menarik dan berkebolehan untuk berinteraksi dengan pelanggan * Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia dan Inggeris. Kemahiran dalam menguasai lain-lain bahasa adalah satu kelebihan * Boleh bekerja syif * Berumur antara 18 hingga 30 tahun
FAEDAH-FAEDAH: * Gaji pokok RM900.00 (tidak termasuk elaun-elaun dan bayaran lebih masa) * Caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 15% * Penginapan percuma yang dilengkapi perabot dan peralatan rumah * Pengangkutan percuma pergi dan balik dari asrama dan tempat kerja * Kemudahan pinjaman perumahan, kenderaan dan komputer * Skim Insurans Hayat Berkelompok untuk pekerja * Kemudahan rawatan perubatan dan pergigian untuk pekerja dan ahli keluarga terdekat * Aktiviti sukan dan rekreasi
Sila layari laman web Eraman Malaysia untuk informasi lanjut.
814 total views, 1 so far today





saya ada pengalama dalam bidang peruncitan selama 4 tahun,di harap saya akan dapat memenuhi jawatan di syarikat tuan.sila hubungi saya ditalian.norsham_- 0196255883
terdapat untuk kerja sambilan??jika terdapat sila email kan pada email saya..
Bila ada temuduga terbuka kat sarawak?Saya ingin sekali menjadi kakitangan syarikat tuan..